Sabtu, 29 Januari 2011

MAKSUD "SEKUFU"

Sekufu ialah persamaan (setaraf) diantara calon suami dan calon isteri. Persamaan ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu:-
  1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah.
  2. Pekerjaan. Contohnya lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu tidak setaraf dengan anak perempuan tokoh korporat.
  3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Sekufu adalah hak calon isteri dan walinya. Walaupun sekufu bukan syarat sah perkahwinan, ia adalah perlu kerana persamaan ini tidak memerlukan pasangan suami isteri mengubah kebiasaan hidup mereka memandangkan kebiasaan hidup mereka adalah hampir sama. Selain itu, ia dapat mengelak calon isteri dan wali menjadi malu.

Namun calon isteri dan walinya boleh meninggalkan syarat ini. Tidak ada siapa yang boleh menghalang mereka jika kedua-duanya redha atau setuju meninggalkan syarat ini.

Tetapi jika hanya seorang sahaja (calon isteri atau wali) yang setuju, pihak yang tidak setuju (calon isteri atau wali) boleh mempertikaikannya di Mahkamah dan memohon untuk memfasakhkan pernikahan.

2 ulasan:

  1. adakah perempuan iaitu anak kepada datuk saudara sebelah nenek Mahram

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..saya hendak bertanya ada dengan smohonebab tidak sefuku ister boleh memohon fasakh?

    BalasPadam