Jumaat, 30 September 2011

Di Mahkamah Syariah manakah Pemohon/Plaintif perlu failkan tuntutan?

Sesuatu tuntutan atau permohonan hendaklah difailkan di Mahkamah Syariah di mana Pemohon/Plaintif tinggal atau bermastautin. Sekiranya alamat tempat tinggal atau mastautin berlainan dengan alamat yang tertera dalam kad pengenalan Pemohon/Plaintif, maka satu Surat Akuan Mastautin perlu diperolehi Pemohon/Plaintif di Masjid yang berdekatan tempat tinggal.

Alamat tempat kerja atau pejabat tidak boleh digunapakai sebagai alamat permohonan kecuali Pemohon/Plaintif tinggal di alamat tersebut.

Walaubagaimanapun, sesuatu tuntutan pasca penghakiman dimana sudah terdapat Perintah dikeluarkan oleh Mahkamah, Maka, sebarang tuntutan berkaitan perlaksaan atau mengubah Perintah tersebut hendaklah dilakukan di Mahkamah yang mengeluarkan Perintah tersebut.

Untuk kes harta sepencarian, tuntutan hendaklah difailkan di Mahkamah yang mensabitkan perceraian pihak-pihak. Contohnya, jika kes cerai disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, maka tuntutan Harta Sepencarian hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur walaupun Plaintif tinggal di Selangor.
 

2 ulasan:

  1. Bagaimana mahu membuatkan surat Hibah.
    Adakah ia perlu difailkan.
    Surat Perjanjian pemberian hak sebahagian tanah boleh tak di anggap hibah. Atau kena buat satu surat lain.

    BalasPadam
  2. Sy ibutunggal bersama 4org ank..masalah sy adalah
    Nk mengambil baki lelongan rumah diatas nama bersama dgn bekas suami..bahagian sy sudah sy ambil..akan ttapi bahagi suami sy xboleh ambil kerana pihak bank meminta sy dapatkan surat perintah Drp makamah....sy ingin menuntut duit tersebut disbbkan bekas suami xde bg nafkah ank drp sy bercerai 7thn yg lepas...sy yg tiada perkerjaan dan sehingga skg bergantung pd bantuan pihak zakat....sy nk minta pendapat bgaimana sy boleh dptkan surat perintah drp makamah dlm masa singkat

    BalasPadam