Halaman

Selasa, 4 Oktober 2011

Kesan perkahwinan tanpa restu ibu bapa

Sebelum ini saya ada membincangkan berkaitan Perkahwinan tanpa Pengetahuan dan Restu Ibu bapa (http://peguamsyarie-farihah.blogspot.com/2011/07/perkahwinan-tanpa-pengetahuan-dan-restu.html)

Kali ini saya suka untuk berkongsi pengalaman rentetan peristiwa kesan perkahwinan yang dilakukan tanpa pengetahuan dan restu ibu bapa.

Bukan niat saya untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi apa yang saya kongsikan ini adalah dari pengalaman saya untuk pengajaran kita bersama.

Sepanjang saya mengendalikan kes berkaitan perkahwinan tanpa restu ibu bapa ini, ada dua (2) kes yang hampir sama keadaannya dimana kedua-dua pasangan suami isteri ini bernikah di luar negera tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Apabila ibu bapa mengetahui, ibu bapa pihak perempuan sangat-sangat membantah pernikahan mereka dan bapa sebagai wali memfailkan Permohonan Faraq Nikah di Mahkamah kerana haknya sebagai wali perkahwinan telah dinafikan.

Semasa kes masih lagi dalam prosiding Mahkamah, anak perempuan (isteri) telah mengalami keguguran. Pelbagai tohmanan dilemparkan kepada anak perempuan tersebut oleh keluarga pihak perempuan dengan mengatakan keguguran tersebut adalah disebabkan derhaka dan tidak mendapat restu ibu bapa.

Peristiwa yang sama juga berlaku untuk kes yang kedua yang mempunyai situasi yang sama dengan kes yang pertama. Walaubagaimanapun, ibu bapa perempuan yang membantah tersebut masih lagi belum mengetahui bahawa anak perempuannya keguguran.

Sejenak saya berfikir, adakah peristiwa yang berlaku ini adalah satu kebetulan atau satu hukuman akibat mengecewakan hati dan perasaan ibu bapa? Bagaimana kebahagiaan boleh dicapai jika ibu bapa tidak merestui perkahwinan dan mengeluarkan kata-kata (doa) yang tidak baik untuk anak-anak? Sama-samalah kita fikirkan...



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan