Khamis, 26 Jun 2014

Susunan keutamaan Hak penjagaan anak (Hadhanah)

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seseorang wanita yang memaklumkan kepada saya bahawa beliau baru mengetahui jika seseorang ibu hilang kelayakan menjadi hadhin (penjaga) kanak-kanak, maka hak penjagaan itu akan beralih kepada ibunya (ibu kepada ibu).

Saya agak bersimpati juga terhadap beliau kerana tidak diberikan maklumat berkaitan susunan hak penjagaan anak mengikut keutamaan jika seorang ibu tidak layak atau gugur menjadi penjaga kanak-kanak sehingga beliau membuat keputusan menyerahkan hak jagaan anak kepada bekas suaminya atas alasan beliau tidak berkemampuan dari segi kesihatan menjaga anaknya.

Ingin saya jelaskan bahawa Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 telah memperuntukkan sebagaimana berikut:-

 Seksyen 81. Orang yang berhak menjaga kanak-kanak

(1) Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau jagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) ibu saudara sebelah ibu;
(k) ibu saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:
Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap jagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.

(4) Tertakluk kepada seksyen 82 dan 84, jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, jagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.

Seksyen 82. Kelayakan yang perlu untuk jagaan

Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika—

(a) dia adalah seorang Islam;
(b) dia adalah sempurna akal;
(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Seksyen 83. Bagaimana hak jagaan hilang

Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—

(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad;

Seksyen 84. Tempoh jagaan

(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.


(2) Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.


Saya berharap maklumat ini akan lebih jelas membantu anda di luar sana mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan hak penjagaan anak (hadhanah).


17 ulasan:

  1. salam..
    saya inginkan kepastian, jika seorang ibu kandung telah menyerahkan anak yg baru lahir kepada keluarga angkat diserta dengan akuan sumpah,
    bolehkah ibu tersebut menuntut anaknya balik dalam tempoh selepas dua bulan anak itu dalam jagaan keluarga angkat? dan jika ibu kandung memfailkan kes ini ke mahkamah syariah, adakah si ibu itu mendapat balik anaknya itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tolong jawabkan ya... anak angkat samada dengan sijil anak angkat atau tanpa sijil boleh dituntut semula hadhanahnya.

      Padam
    2. Salam Encik Adnil Zaff,
      Betul ke potensi tinggi untuk dapat anak semula even ada surat akuan sumpah? Tolong reply sy encik..Sy alami masalah yg sama

      Padam
  2. Salam, jika ayah anak itu telah tinggalkan ibu dan anak tanpa berita selama 6 tahun dan tanpa nafkah, adakah kelayakan hak penjagaan ibu dapat di teruskan?

    BalasPadam
  3. Salam, jika ayah anak itu telah tinggalkan ibu dan anak tanpa berita selama 6 tahun dan tanpa nafkah, adakah kelayakan hak penjagaan ibu dapat di teruskan?

    BalasPadam
  4. salam saya nak bertanya..kalau ibu dan ayah kanak-kanak tidak bekerja dan tidak mampu untuk menyara hidup dan memudaratkan kanak-kanak tersebut bolehkah nenek dibelah ibu mengambil hak jagaan kanak-kanak tersebut??

    BalasPadam
  5. salam saya nak bertanya..kalau ibu dan ayah kanak-kanak tidak bekerja dan tidak mampu untuk menyara hidup dan memudaratkan kanak-kanak tersebut bolehkah nenek dibelah ibu mengambil hak jagaan kanak-kanak tersebut??

    BalasPadam
  6. salam saya nak bertanya..kalau ibu dan ayah kanak-kanak tidak bekerja dan tidak mampu untuk menyara hidup dan memudaratkan kanak-kanak tersebut bolehkah nenek dibelah ibu mengambil hak jagaan kanak-kanak tersebut??

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Cik Farihah

    Saya Ismail Md Nan ada mengambik anak angkat lelaki remaja/ dewasa dalam membantu suatu keluarga dari segi penjagaan dan pendidikan.
    Ketuka memgambil umurnya 17 tahun dan sekarang 20 tahun.
    Saya mengambil alih tanggungjawab sementara dari segi penjagaan, nafkah, pendidikan dan amakan pakai.
    Anak saya tunggal dengan saya dan dibawah jagaan saya
    Saya tidak pernah membuat apa2 process permohonan utk penjagaan sebelum ini.
    Bagiamanakah saya boleh mohon sekarang dalam saya untuk membuat tuntutan. kos perbelanjaan utk deklarasi percukaian saya.
    Saya boleh dihubungi di 0174777175

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.sya telah brpisah dgn bks isteri setahun yg lps. Kmi ada 2 ank lelaki. 5 thn & 2 thn. Nafkah ank2 sntiasa sy bgi pd bks isteri.mslah skrg sy mahu brcakap dgn ank mlalui phone pn xboleh sbb dia blok no sya. Sy sudah stengah thn xjumpa ank2. Dgn org tua sy pn dia blok & halang trus hbgn datuk sma cucu. Kmi asal kelantan. Bks isteri & ank2 tinggal di selangor(sy pn xtau alamat drg) dia guru d smk kelana jaya..family bks isteri semua dingin dgn sy. Sy rindukn ank2 sy juga & planing mau bwa drg blk kelantan pd cuti raya cina nnt.
    Di hrp dpt nasihat dr tuan./puan
    Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum sy nak ty.. sy kematian isteri 5 tahun yg lepas.. dan berkahwin baru setahun lepas.. anak perempuan sy berumur 5 tahun.. ayah dan ibu mentua (arwah isteri ) yang jaga selama ni. tahun depan sy nak ambil anak untuk bersekolah dgn sy.. adakah sy ada hak untuk menjaga anak sy? sbb ayah mentua sy hendak tuntut anak dimakamah supaya hilang hak penjagaan ank sy sendiri..

    BalasPadam
  10. Salam saya nak bertanya..saya seorang warga indonesia ibu tunggal mempunyai seorang anak lelaki yg lahir dimalaysia mempunyai sijil kelahiran malaysia, dan sekarang saya berkawin dgn warga malaysia..
    Apa boleh anak saya dibuat atas jagaan suami saya..
    Tlg jwb ya

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum saya nak tanya saya sudah bercerai dengan bekas suami selama 4 tahun. Mempunyai ank yang berusia 4 tahun lelaki. Sesama sy bercerai dahulu umur ank berusia setahun sembilan bulan. Lepas bercerai bks suami hantar kami ke rumah ibu saya.dia cuma bg 4 bulan. Lpas 4 bulan tkde.dan pada masa yg sama sy diberitahu dia sudah bernikah lain.jadi sepanjang tempoh 4 tahun sy menjaga ank sy sehingga sekarang.secara tiba-tiba dia datang Utk mengambil ank tersebut.apakah yang perlu saya lakukan. Puan tolong saya. Saya buntu dalam mencari penyelesaian ini

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum... Adik saya ada sijil lahir, tapi bapa tiri saya hilang x tahu p mna... Bapa tiri saya dgn mak saya kawin di luar... Sekarang.. Adek saya nk sekolah dh x boleh sbb surat nikah tiada.. Saya harap sesiapa sja boleh bantu saya.....

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum ... saya nak tanya ... jika abang kandung nak jaga/biaya sekolah adik beradik yang lain perlu surat penjagaan ka?

    BalasPadam
  14. saya inginkan kepastian, jika seorang ibu kandung telah menyerahkan anak yg baru lahir kepada keluarga angkat diserta dengan akuan sumpah,
    bolehkah ibu tersebut menuntut anaknya balik dalam tempoh selepas dua bulan anak itu dalam jagaan keluarga angkat? dan jika ibu kandung memfailkan kes ini ke mahkamah syariah, adakah si ibu itu mendapat balik anaknya itu?

    BalasPadam
  15. Aslm en.. Sy inginkan kepastian n tindakkan apakah yg harus sy ambil.. Ceritanya sy tlh pkahwinan ptama sy dkurniakn 2 orang ank ppuan n lelaki.slps 5 tahun bkawin sy bcerai n ex suami telah dtg melarikan ank lelaki sy yg berumur 3 thn..sy dh bt repot polis. Hmpir 5 thun sy mcari ank lelaki sy tnpa ada sbrg khabar berita.kini ank sy berumur 8 tahun. Kmudian sy mdapat tahu ex suami sy dh meninggal..puas sy btnya keluarga ex suami dimana ank sy tapi mereka semua bagi jawapan tidak tahu.. Saya sendiri telah menyemak online keputusan peperiksaan ank sy.Alhamdullillah sy tjumpa di mana ank sy bsekolah dan dgn siapa dia tinggal.. Rupanya dgn bekas adik ipar yg dulu menafikan di mana ank berada.. Suami ex adik ipar ni seorang polis.. Sy dh try nk ambik ank sy tp sedihnya ank tak nak dgn sy.ank mcm ketakutan bila jupa sy. Mcm di ancm di ugut.apa tindakn yg perlu sy ambik..

    BalasPadam