Rabu, 22 April 2015

PERCERAIAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA (SEKSYEN 47)

Semasa menanti kes sebutan di panggil Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor, saya sempat mendengar sebutan kes yang disebut lebih awal dari kes yang saya kendalikan.

Apa yang menarik perhatian saya ialah satu kes perceraian secara persetujuan bersama di bawah peruntukan Seksyen 47 Enakman Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Kes ini telah difailkan oleh suami. Maksudnya ialah suami yang memohon perceraian di Mahkamah.

Semasa kes disebut, hakim ada bertanya kepada pihak-pihak mengapa hendak bercerai sedangkan usia perkahwinan mereka tidak sampai 1 tahun. Bulan madu pun belum sempat pergi lagi.

Jawapan mereka ialah tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan lebih dari dua (2) bulan.

Apabila hakim bertanya umur isteri, si isteri menjawab beliau berumur 18 tahun. Si Suami berumur 27 tahun. Si isteri setuju untuk bercerai.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah Mahkamah tidak melihat kepada berapa lama usia perkahwinan anda. Mahkamah juga tidak melihat kepada berapa usia anda. Tetapi Mahkamah melihat:

(1) Samada pihak yang satu lagi ( suami atau isteri) setuju atau tidak dengan tuntutan perceraian yang difailkan oleh suami/isteri di Mahkamah; dan

(2) Samada telah wujud pecah belah dalam rumahtangga yang tidak dapat dipulihkan

Jika Mahkamah mendapati selepas siasatan dilakukan bahawa kedua-dua pihak bersetuju bercerai dan berpuashati wujudnya pecah belah dalam rumahtangga yang tidak dapat dipulihkan, maka Mahkamah akan menasihati si suami untuk melafazkan cerai terhadap isteri dengan talak satu dihadapan Mahkamah.

Walaupun perkahwinan itu berusia satu hari, Mahkamah boleh menasihati suami menceraikan isteri jika wujudnya elemen-elemen yang dinyatakan di atas.


5 ulasan:

  1. saya ingin bertanya tuntutan cerai seksyen 47 ini..adakah jalan penghabisan atau mahkamah akan soal selidik terlebih dahulu ke? dan sekiranya (suami atau isteri) tidah dapat kemukakan bukti yang kukuh bagaimana pulak? dan sekiranya (suami atau isteri) membawak saksi. dan saksi itu terdiri dari adik beradik,dan adik beradik (suami atau isteri) itu menipu dengan niat untuk merosakkan hubungan tersebut.

    tolong terangkan seksyen 47 dan bagai mana untuk atasi semua ini...

    BalasPadam
  2. Seksyen ni ade d negeri selangor je ke?

    BalasPadam
  3. bolehkah permohonan cerai secara persetujuan bersama dipinda kpd permohonan khulu kerana tidak mahu dirujuk?

    BalasPadam
  4. bolehkah permohonan cerai secara persetujuan bersama dipinda kpd permohonan khulu kerana tidak mahu dirujuk?

    BalasPadam