Rabu, 2 September 2015

Permohonan pengesahan nikah

Untuk Mahkamah meluluskan permohonan pengesahan nikah yang bertentangan dengan undang-undang, Mahkamah akan mengambil kira samada rukun nikah telah dipenuhi atau tidak.
Rukun nikah ada 5 iaitu:-

1)Suami
2) Isteri
3) Wali
4) Akad nikah
5) Saksi

Setiap rukun adanya syarat. Jika setiap syarat dipenuhi barulah Mahkamah boleh mengesahkan nikah yang dilakukan bertentangan dengan undang-undang.

Dalam menentukan di Mahkamah manakah permohonan pengesahan nikah perlu difailkan, perkara yang perlu diberi perhatian ialah:-

1) Dimanakah Pemohon tinggal?; dan
2) Apakah status pernikahan tersebut? - Jika status pernikahan ialah pernikahan poligami, maka Mahkamah yang berbidangkuasa mendengar kes ialah Mahkamah Tinggi Syariah. Jika tidak melibatkan pernikahan poligami, Mahkamah yang berbidangkuasa adalah Mahkamah Rendah Syariah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan