Halaman

Khamis, 21 April 2016

BILA HARTA SEPENCARIAN BOLEH DITUNTUT?

Saya ditanya soalan tentang bila harta sepencarian boleh dituntut?

Suka saya jelaskan bahawa harta sepencarian boleh dituntut dalam hal keadaan berikut:-

(1) Setelah berlaku perceraian diantara suami isteri;
(2) Setelah berlaku kematian pasangan samada suami atau isteri;
(3) Apabila suami berpoligami.

Jika wujud salah satu dari 3 keadaan di atas, maka suami/isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian terhadap harta-harta berikut:-

(1) Harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan usaha bersama oleh suami dan isteri (Sumbangan langsung);
(2) Harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak (Sumbangan tidak langsung);

Peringatan: Harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan termasuklah harta yang dimiliki oleh satu pihak sebelum perkahwinan yang dimajukan dalam masa perkahwinan oleh pihak yang satu lagi atau dengan usaha bersama mereka. Contohnya: Isteri membeli sebidang tanah sebelum berkahwin dengan suaminya. Dalam tempoh perkahwinan, tanah tersebut telah dimajukan bersama-sama diantara suami isteri tersebut. Maka, harta tersebut boleh dikategorikan sebagai Harta Sepencarian.