Halaman

Sabtu, 25 Mac 2017

Pengalaman

Semalam saya kendalikan perbicaraan fasakh di Mahkamah.  Perbicaraan sebelah pihak. Isteri sahaja yang hadir. Suami sudah 3 tahun menghilang tanpa khabar berita.

Perginya suami tanpa sebarang berita ini, membuatkan isteri ini kemurungan. Tidak banyak bercakap, rasa gugup, gementar, sehinggakan yang menjadi pengantara antara saya dan dia adalah kakaknya.

Bila saya bertanya, susahnya dia nak menjawab. Rasa perkataan yang nak dikeluarkan itu rasa payah sangat. Tetapi dengan kakaknya dia boleh bersembang seperti biasa.

Insan yang sebegini sememangnya memerlukan seseorang yang lain bagi membantunya melancarkan perjalanan kesnya di Mahkamah.

=====================================

Saya merasakan saya mempunyai masalah komunikasi dengan Anakguam saya. Mana tidaknya, dari awal lagi yang menghubungi saya adalah kakaknya. Yang hendak berjumpa dengan saya adalah kakaknya. Bayangkan, sehingga kes ditetapkan untuk keputusan, saya masih tidak tahu apa nombor telefon anakguam saya!!!

==================================

Dalam perbualan antara aku dengan anakguamku dan kakaknya .. Aku bertanya.

"Dah cari suami dah?"

"Dah tapi tak jumpa."

"Rumah mak ayah dia dah cari?"

"Kami tak tahu keluarga dia."

" Tak tahu? Habis waktu kawin dulu macamana? Rombongan lelaki siapa yang datang?"

"Waktu kawin, kawan-kawan dan jiran suami je yang datang." kakaknya memberitahuku.

"Macamana ye keluarga puan boleh kawinkan dia?" aku bertanya dalam keadaan pelik.

"Dah dia nak kawin sangat... Kami kawinkan je la."

Okkk...

==================================

Semasa perbicaraan, soalan yang sama diajukan oleh hakim kepada anakguamku.

"Kamu tak kenal keluarga dia? Macam mana kamu boleh kawin dengan dia?"

Ringkas jawapan anakguamku,

"Dah jodoh".

==================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan