(*Peguam Syarie Wilayah Persekutuan dan Selangor *Perunding Keluarga Islam, Wasiat, Hibah & Faraid). H/P: 0135205626
Rabu, 14 Mei 2014
Rabu, 26 Februari 2014
Mut'ah
Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 mentafsirkan mut'ah ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan.
Seksyen 56 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan:-
"Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut'ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak."
Sekyen di atas menjelaskan bahawa seseorang isteri yang diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya adalah berhak mendapat mut'ah.
Dalam menentukan kadar mut'ah, jika kedua-dua suami isteri bersetuju berkenaan kadar mut'ah, mut'ah itu adalah sah berdasarkan kepada apa yang dipersetujui. Tetapi jika berlaku perselisihan dalam penentuan kadar mut'ah, maka Hakim berhak menentukan berdasarkan keadaan mereka melihat kepada kehidupan mereka melalui susah senang/pengorbanan hidup berumahtangga, keturunan isteri dan sifat-sifatnya.
Firman Allah s.w.t:-
"Hendaklah kamu memberikan mut'ah (pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan iaitu suami yang senang hendaklah memberikan saguhati itu menurut ukuran kemampuannya, dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya." (Al-Baqarah:236)
"Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut." (Al-Baqarah:241)
Hikmah disyariatkan mut'ah ialah untuk mengambil hati isteri yang telah diceraikan untuk menjalani kehidupan selepas bercerai, meringankan bebanan dan kesusahan disebabkan perpisahan dan mengubati perasaan sakit hati dan rasa benci yang memuncak hasil daripada perceraian tersebut.
Selasa, 1 Oktober 2013
Khamis, 30 Mei 2013
Tempoh Iddah
Iddah dari segi syarak ialah tempoh masa tertentu seorang wanita menanti dan tidak berkahwin sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah, berkabung dan bersedih kerana berpisah dengan suami atau untuk memastikan wanita tersebut tidak mengandung anak bekas suaminya (menyucikan rahim).
Tempoh iddah adalah berbeza mengikut situasi:-
(a) Bagi isteri yang kematian suami, jika mengandung tempoh iddahnya sehingga melahirkan anak. Jika tidak mengandung, tempoh iddahnya ialah empat (4) bulan sepuluh (10) hari.
(b) Bagi isteri yang diceraikan suami, jika mengandung tempoh iddahnya sehingga melahirkan anak. Jika tidak mengandung dan masih mempunyai haid, tempoh iddahnya ialah tiga (3) kali suci. Jika tiada haid atau sudah putus haid, iddahnya ialah tiga (3) bulan.
Tarikh permulaan iddah dikira dari tarikh berlakunya perceraian/kematian.
Jika seseorang wanita diceraikan/ kematian suami sebelum disetubuhi oleh suaminya, maka wanita tersebut tidak mempunyai iddah.
Tempoh iddah adalah berbeza mengikut situasi:-
(a) Bagi isteri yang kematian suami, jika mengandung tempoh iddahnya sehingga melahirkan anak. Jika tidak mengandung, tempoh iddahnya ialah empat (4) bulan sepuluh (10) hari.
(b) Bagi isteri yang diceraikan suami, jika mengandung tempoh iddahnya sehingga melahirkan anak. Jika tidak mengandung dan masih mempunyai haid, tempoh iddahnya ialah tiga (3) kali suci. Jika tiada haid atau sudah putus haid, iddahnya ialah tiga (3) bulan.
Tarikh permulaan iddah dikira dari tarikh berlakunya perceraian/kematian.
Jika seseorang wanita diceraikan/ kematian suami sebelum disetubuhi oleh suaminya, maka wanita tersebut tidak mempunyai iddah.
Ahad, 31 Mac 2013
Perbezaan Talak sunni dengan Talak Bid'i
Talak sunni ialah seorang wanita diceraikan oleh suami dalam keadaan wanita tersebut bersih daripada haid dan nifas, dan tidak disetubuhi oleh suaminya lagi dalam tempoh tersebut. Hukumnya adalah harus dan jatuh talak. Talak jenis ini adalah bertepatan dengan syarak.
Talak bid'i ialah seorang wanita yang diceraikan oleh suami dalam keadaan wanita tersebut haid atau nifas, ataupun dia dalam keadaan suci tetapi telah disetubuhi oleh suaminya. Hukumnya adalah haram dan berdosa kerana bertentangan dengan bentuk talak yang disyariatkan. Talak tetap jatuh. Walaubagaimanapun suami sunat ruju' semula isterinya. Sebab pengharaman ialah kerana memudharatkan isteri disebabkan panjangnya tempoh iddah kerana waktu haid tidak termasuk dalam iddah. Haram menceraikan isteri yang disetubuhi ketika sucinya kerana kemungkinan isterinya akan mengandung.
Selasa, 15 Januari 2013
Sabtu, 12 Januari 2013
Prosedur Pendengaran Kes Jenayah Syariah
Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan;
- Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;
- Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
- Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;
- Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;
- Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;
- Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
- Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
- Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,
- Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,
- Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.
- Hakim jatuhkan hukuman.
- Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan;
- Dengar pemeriksaan utama Pendakwa Syarie;
- Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
- Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
- Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;
- Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;
- Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara; iaitu
(a) Memberi keterangan bersumpah; atau
(b) Memberi keterangan tidak bersumpah; atau
(c) Berdiam diri.
- Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);
- Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;
- Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);
- Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;
- Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
- Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;
Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi/Rayuan Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.
Langgan:
Catatan (Atom)













