Halaman

Khamis, 26 Jun 2014

Susunan keutamaan Hak penjagaan anak (Hadhanah)

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seseorang wanita yang memaklumkan kepada saya bahawa beliau baru mengetahui jika seseorang ibu hilang kelayakan menjadi hadhin (penjaga) kanak-kanak, maka hak penjagaan itu akan beralih kepada ibunya (ibu kepada ibu).

Saya agak bersimpati juga terhadap beliau kerana tidak diberikan maklumat berkaitan susunan hak penjagaan anak mengikut keutamaan jika seorang ibu tidak layak atau gugur menjadi penjaga kanak-kanak sehingga beliau membuat keputusan menyerahkan hak jagaan anak kepada bekas suaminya atas alasan beliau tidak berkemampuan dari segi kesihatan menjaga anaknya.

Ingin saya jelaskan bahawa Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 telah memperuntukkan sebagaimana berikut:-

 Seksyen 81. Orang yang berhak menjaga kanak-kanak

(1) Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau jagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) ibu saudara sebelah ibu;
(k) ibu saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:
Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap jagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.

(4) Tertakluk kepada seksyen 82 dan 84, jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, jagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.

Seksyen 82. Kelayakan yang perlu untuk jagaan

Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika—

(a) dia adalah seorang Islam;
(b) dia adalah sempurna akal;
(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Seksyen 83. Bagaimana hak jagaan hilang

Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—

(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad;

Seksyen 84. Tempoh jagaan

(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.


(2) Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.


Saya berharap maklumat ini akan lebih jelas membantu anda di luar sana mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan hak penjagaan anak (hadhanah).


9 ulasan:

  1. salam..
    saya inginkan kepastian, jika seorang ibu kandung telah menyerahkan anak yg baru lahir kepada keluarga angkat diserta dengan akuan sumpah,
    bolehkah ibu tersebut menuntut anaknya balik dalam tempoh selepas dua bulan anak itu dalam jagaan keluarga angkat? dan jika ibu kandung memfailkan kes ini ke mahkamah syariah, adakah si ibu itu mendapat balik anaknya itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tolong jawabkan ya... anak angkat samada dengan sijil anak angkat atau tanpa sijil boleh dituntut semula hadhanahnya.

      Padam
  2. Salam, jika ayah anak itu telah tinggalkan ibu dan anak tanpa berita selama 6 tahun dan tanpa nafkah, adakah kelayakan hak penjagaan ibu dapat di teruskan?

    BalasPadam
  3. Salam, jika ayah anak itu telah tinggalkan ibu dan anak tanpa berita selama 6 tahun dan tanpa nafkah, adakah kelayakan hak penjagaan ibu dapat di teruskan?

    BalasPadam
  4. salam saya nak bertanya..kalau ibu dan ayah kanak-kanak tidak bekerja dan tidak mampu untuk menyara hidup dan memudaratkan kanak-kanak tersebut bolehkah nenek dibelah ibu mengambil hak jagaan kanak-kanak tersebut??

    BalasPadam
  5. salam saya nak bertanya..kalau ibu dan ayah kanak-kanak tidak bekerja dan tidak mampu untuk menyara hidup dan memudaratkan kanak-kanak tersebut bolehkah nenek dibelah ibu mengambil hak jagaan kanak-kanak tersebut??

    BalasPadam
  6. salam saya nak bertanya..kalau ibu dan ayah kanak-kanak tidak bekerja dan tidak mampu untuk menyara hidup dan memudaratkan kanak-kanak tersebut bolehkah nenek dibelah ibu mengambil hak jagaan kanak-kanak tersebut??

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Cik Farihah

    Saya Ismail Md Nan ada mengambik anak angkat lelaki remaja/ dewasa dalam membantu suatu keluarga dari segi penjagaan dan pendidikan.
    Ketuka memgambil umurnya 17 tahun dan sekarang 20 tahun.
    Saya mengambil alih tanggungjawab sementara dari segi penjagaan, nafkah, pendidikan dan amakan pakai.
    Anak saya tunggal dengan saya dan dibawah jagaan saya
    Saya tidak pernah membuat apa2 process permohonan utk penjagaan sebelum ini.
    Bagiamanakah saya boleh mohon sekarang dalam saya untuk membuat tuntutan. kos perbelanjaan utk deklarasi percukaian saya.
    Saya boleh dihubungi di 0174777175

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.sya telah brpisah dgn bks isteri setahun yg lps. Kmi ada 2 ank lelaki. 5 thn & 2 thn. Nafkah ank2 sntiasa sy bgi pd bks isteri.mslah skrg sy mahu brcakap dgn ank mlalui phone pn xboleh sbb dia blok no sya. Sy sudah stengah thn xjumpa ank2. Dgn org tua sy pn dia blok & halang trus hbgn datuk sma cucu. Kmi asal kelantan. Bks isteri & ank2 tinggal di selangor(sy pn xtau alamat drg) dia guru d smk kelana jaya..family bks isteri semua dingin dgn sy. Sy rindukn ank2 sy juga & planing mau bwa drg blk kelantan pd cuti raya cina nnt.
    Di hrp dpt nasihat dr tuan./puan
    Terima kasih.

    BalasPadam