(*Peguam Syarie Wilayah Persekutuan dan Selangor *Perunding Keluarga Islam, Wasiat, Hibah & Faraid). H/P: 0135205626
Rabu, 7 November 2012
Isnin, 5 November 2012
Jenis Lafaz Cerai
Lafaz cerai terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:-
(i) Lafaz Soreh; dan
(ii) Lafaz Kinayah
(i) Lafaz Soreh; dan
(ii) Lafaz Kinayah
Lafaz soreh ialah lafaz yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak/cerai dan tidak boleh ditafsirkan kepada makna lain selain talak/cerai. Lafaz soreh ada tiga (3) iaitu talak/cerai, bebas/lepas dan pisah. Contohnya seorang suami berkata kepada isterinya "Aku ceraikan engkau" atau "Aku berpisah dengan engkau".
Hukum lafaz soreh ini ialah jatuh talak sama ada suami berniat menceraikan isteri atau tidak. Ini kerana lafaz soreh tidak perlu kepada niat ketika diucapkan.
Lafaz Kinayah pula ialah lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai cerai atau selain cerai. Ada banyak lafaz kinayah diantaranya ialah seorang suami berkata kepada isterinya "Engkau bebas dari aku", "Engkau terputus hubungan dengan aku", "Kembalilah kepada keluarga engkau", "Jauhkan diri engkau dari aku", "Engkau haram ke atasku" dan lain-lain lagi. Kesemua lafaz ini dianggap kinayah kerana ia boleh ditafsirkan sebagai talak/cerai atau selain talak/cerai.
Hukum lafaz kinayah ialah talak tidak jatuh melainkan suami mempunyai niat menjatuhkan talak kepada isteri.Dengan erti kata lain, Lafaz kinayah memerlukan niat suami untuk menceraikan isteri.
Jika suami ada melafazkan cerai di luar dan tanpa kebenaran mahkamah, maka segeralah bertindak dalam masa tujuh (7) hari untuk melaporkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah bagi tujuan pengesahan lafaz cerai.

Isnin, 15 Oktober 2012
Fasakh
Fasakh
ialah pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh
Hukum Syarak.
Seksyen
52 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan:-
(1)
Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat
suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu
atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui
selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan
peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga
tahun atau lebih;
(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang
munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan
masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami
telah mati pucuk;
(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau
sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit
kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya
sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur
lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita
disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai
keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu
daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau
(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan
kewajipan atau amalan agamanya; atau
(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia
tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum
Syarak;
(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih
belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;
(j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan
itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan,
ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;
(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun
berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental,
sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord.
31 tahun 1952] bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi
Wilayah Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah
daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk
berkahwin;
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi
membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
(1A)
Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah
bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tidak
upaya yang menghalang persetubuhan.
(2)
Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1) (c)
sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun
daripada hukuman itu.
(3)
Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1) (e) Mahkamah
hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami
memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa
dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian
dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.
(4)
Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1)
jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa
adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah
bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai
dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa
adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.
Jika
salah satu dari alasan-alasan di atas berjaya dibuktikan, ianya sudah
cukup untuk Mahkamah meluluskan tuntutan fasakh.
Khamis, 14 Jun 2012
Kepentingan Wasiat
Perancangan
Pewarisan Harta Islam adalah perlu dilakukan oleh setiap muslim yang ingin
memastikan orang yang mereka sayangi terutamanya mereka yang tidak tergolong
dalam senarai ahli waris melalui hukum faraid mendapat harta sepertimana yang
diingini.
Sekiranya
perancangan mengenai pewarisan harta tidak dilakukan, pembahagian harta pusaka
adalah ditetapkan oleh hukum faraid di mana hanya ahli waris yang layak sahaja
akan menerima pembahagian harta pusaka tersebut.
Bagi
mereka yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris, tidak berhak untuk menerima
harta pusaka Si Mati.
Adalah
perlu bagi individu muslim mengetahui siapakah ahli-ahli waris yang berhak
mewarisi harta peninggalan mereka dan bahagian masing-masing selepas kematian.
Dalam
sistem faraid, ahli waris ditentukan melalui dua cara iaitu perkahwinan dan
keturunan. Walaubagaimanapun, pertalian yang hampir dan/atau kuat akan
menghalang pertalian yang jauh dari menerima harta pusaka. Contohnya, anak
lelaki Si Mati akan menghalang cucu
lelaki Si Mati. Begitu juga Saudara Lelaki Seibu Sebapa akan menghalang Saudara
Sebapa dari menerima harta pusaka.
Memandangkan
sistem faraid hanya diberi kepada ahli waris yang ditentukan sahaja, wasiat
adalah salah satu alternatif lain yang dapat memastikan bahawa mereka yang
tidak disenaraikan sebagai ahli waris menerima harta pusaka. Antara golongan
tersebut ialah anak angkat, ibu angkat,
ayah angkat, adik angkat, kakak angkat, abang angkat, cucu yang dihalang oleh
anak, anak yang tidah sah taraf, ibu bapa bukan Islam, ahli keluarga bukan
Islam, sahabat karib dan lain-lain yang tidak akan menjadi ahli waris di bawah
faraid.
Selain
memastikan mereka yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris mendapat manfaat
harta melalui wasiat selepas kematian Pewasiat, wasiat juga boleh mencairkan
harta Si Mati dalam tempoh yang singkat berbanding harta yang ditinggalkan
tanpa wasiat.
Melalui
amalan di Malaysia,
apabila seseorang itu meninggal dunia, semua asetnya akan dibekukan dari
sebarang transaksi. Contohnya, wang simpanan Si Mati di Bank dan pemilikan tanah atas nama Si Mati akan
dibekukan sementara pentadbir harta Si Mati mendapatkan probet atau Surat Kuasa
Mentadbir di Mahkamah.
Sekiranya
seseorang itu meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, semua ahli waris
hendaklah bersetuju untuk melantik seorang pentadbir untuk mentadbir harta Si
Mati. Dalam hal ini, sekiranya waris bertelagah dan tidak bersetuju atau ahli
waris tidak mengendahkan dalam menentukan siapa pentadbir harta Si Mati,
pembahagian Harta Pusaka menjadi sukar untuk diselesaikan dan memakan masa yang
lama untuk diselesaikan. Ini berlainan sekiranya wasiat di lakukan. Masalah
mengenai persetujuan dikalangan ahli waris untuk melantik pentadbir harta Si
Mati tidak berlaku kerana pewasiat sendiri telah melantik pentadbir hartanya di
dalam wasiat.
Selain
itu, bagi mereka yang mempunyai bebanan hutang yang banyak, wasiat juga boleh
menjadi satu pemberitahuan kepada ahli waris supaya membayar terlebih dahulu
hutang Si Mati dengan menolak harta pusaka Si Mati sebelum dibahagikan menurut
Faraid.
Isnin, 4 Jun 2012
Izin isteri bukan tiket berpoligami
Umum mengetahui bahawa
poligami adalah perkara yang dibenarkan dalam agama Islam. Hal ini
adalah selaras dengan Surah An-Nisa ayat-3 yang bermaksud: “…
kahwinlah kamu dengan perempuan-perempuan yang baik dikalangan kamu dua,
tiga dan empat. Jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah
satu.”
Rasulullah s.a.w telah memberi amaran bagi mereka yang berpoligami tentang akibat ke atas suami yang tidak melakukan keadilan diantara isteri-isterinya. Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang beristeri dua sedangkan dia lebih mementingkan (cenderung kepada) salah seorang daripada kedua isterinya, nescaya dia akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan rusuknya cenderung (bengkok).”
Melalui dalil-dalil di atas, dapat dilihat bahawa hukum dibolehkan poligami adalah dengan syarat wujudnya keadilan oleh suami terhadap isteri-isteri yang dinikahinya.
Selaras dengan kehendak Hukum Syarak ini, maka undang-undang keluarga Islam khususnya peruntukan berkenaan poligami dibentuk bagi memastikan keadilan kepada isteri-isteri sentiasa terpelihara sebelum suami berpoligami. Peruntukan khusus mengenai poligami telah diperuntukan di bawah Seksyen 23 Akta Undang-undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.
Walaupun Seksyen 23(3) Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 menghendaki suami yang ingin memohon poligami menyatakan dalam Surat Akuan samada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu, tetapi harus diberi perhatian bahawa keizinan isteri bukanlah syarat untuk Mahkamah membenarkan poligami yang di pohon oleh suami. Begitu juga sebaliknya, bantahan isteri bukan syarat untuk Mahkamah menolak permohonan poligami suami.
Seksyen 23(4) Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 telah menggariskan bahawa dalam permohonan kebenaran poligami, Pemohon (suami) dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada hendaklah hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan bagi Mahkamah mengenalpasti samada syarat-syarat kebenaran poligami menurut Hukum Syarak dan Undang-undang telah dipatuhi atau sebaliknya.
Kebenaran berpoligami hanya diberikan oleh Mahkamah setelah Mahkamah berpuashati terhadap perkara-perkara berikut:-
Oleh yang demikian, keizinan isteri bukanlah syarat untuk membenarkan suami berpoligami tetapi ialah keadilan kepada isteri-isteri yang perlu dititikberatkan bagi suami yang berhasrat untuk berpoligami.

- (a) bahawa
perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang
kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan,
keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan,
sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau
gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
- (b) bahawa
pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung,
sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang
tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya
berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
- (c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
Oleh yang demikian, keizinan isteri bukanlah syarat untuk membenarkan suami berpoligami tetapi ialah keadilan kepada isteri-isteri yang perlu dititikberatkan bagi suami yang berhasrat untuk berpoligami.
Isnin, 9 April 2012
Jenis-jenis perceraian
Sebelum seseorang itu memfailkan permohonan perceraian, dia perlu mengetahui terlebih dahulu apakah jenis perceraian yang perlu dipohon di Mahkamah bersesuaian dengan situasi yang dihadapinya.
Terdapat lima (5) jenis perceraian yang boleh di pohon berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-undang mengikut situasi-situasi berikut iaitu :-
(i) Perceraian secara lafaz talaq melalui persetujuan bersama atau lebih dikenali sebagai perceraian di bawah Seksyen 47.
- Perceraian ini boleh dipohon hanya apabila kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik dimana suami akan melafazkan talaq satu (1) kepada isteri dengan kebenaran dan izin Mahkamah.
(ii) Perceraian secara taklik.
- Perceraian ini berlaku apabila suami ada melafazkan lafaz taklik kepada isteri secara sah berdasarkan hukum syarak. Contohnya ialah lafaz taklik yang tertera di surat nikah.
(iii) Perceraian melalui khuluk (tebus talak)
- Perceraian ini berlaku apabila suami bersetuju untuk menceraikan isteri dengan syarat isteri bersetuju menyerahkan sejumlah wang (contohnya RM10,000.00) sebagai tebus talak.
(iv) Perceraian secara fasakh iaitu pembubaran perkahwinan oleh Hakim berdasarkan alasan-alsan yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.
(v) Pengesahan lafaz cerai.
- Permohonan pengesahan cerai berlaku apabila suami telah melafazkan cerai kepada isterinya di luar dan tanpa izin Mahkamah. Perceraian tersebut masih perlu disahkan oleh Mahkamah terlebih dahulu.

Langgan:
Catatan (Atom)