Rabu, 20 Disember 2017

LAFAZ TALAK

Berdasarkan peruntukan undang-undang, terdapat dua bentuk lafaz talak:-

1) Lafaz talak di dalam dan dengan kebenaran Mahkamah

Maksud lafaz talak dengan kebenaran Mahkamah ini ialah lafaz talak yang dilafazkan di dalam dan dengan kebenaran Mahkamah. 

Apabila Mahkamah membenarkan lafaz talak, barulah suami boleh melafazkan talak terhadap isteri. Mahkamah akan menasihati suami untuk melafazkan satu talak sahaja di hadapan Mahkamah. Jika suami melafazkan lebih dari satu talak sebagaimana yang dinasihati oleh Mahkamah, perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Mahkamah.

Permohonan perceraian dengan talak atau dengan perintah Mahkamah difailkan berdasarkan peruntukan Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (WIlayah-wilayah Persekutuan) 1984. 

2) Lafaz talak di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah.

Lafaz ini terjadi apabila suami melafazkan cerai terhadap isteri di luar Mahkamah tanpa mendapat kebenaran daripada Mahkamah. Kebiasannya lafaz ini berlaku apabila suami isteri bergaduh di sesuatu tempat dan suami terus menceraikan isteri di tempat tersebut samada disaksikan atau tidak disaksikan oleh sesiapa. 

Lafaz talak di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah perlu dilaporkan kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh talak tersebut dilafazkan.

Bagi permohonan lafaz talak di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah ini, permohonan dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 55A Akta Undang-undang Keluarga Islam (WIlayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Perlu diberi perhatian bahawa lafaz talak di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah ini merupakan satu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya (denda dan penjara). Ini sebagaimana yang diperuntukan dalam Seksyen 124 Akta Undang-undang Keluarga Islam (WIlayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Sabtu, 25 Mac 2017

Pengalaman

Semalam saya kendalikan perbicaraan fasakh di Mahkamah.  Perbicaraan sebelah pihak. Isteri sahaja yang hadir. Suami sudah 3 tahun menghilang tanpa khabar berita.

Perginya suami tanpa sebarang berita ini, membuatkan isteri ini kemurungan. Tidak banyak bercakap, rasa gugup, gementar, sehinggakan yang menjadi pengantara antara saya dan dia adalah kakaknya.

Bila saya bertanya, susahnya dia nak menjawab. Rasa perkataan yang nak dikeluarkan itu rasa payah sangat. Tetapi dengan kakaknya dia boleh bersembang seperti biasa.

Insan yang sebegini sememangnya memerlukan seseorang yang lain bagi membantunya melancarkan perjalanan kesnya di Mahkamah.

=====================================

Saya merasakan saya mempunyai masalah komunikasi dengan Anakguam saya. Mana tidaknya, dari awal lagi yang menghubungi saya adalah kakaknya. Yang hendak berjumpa dengan saya adalah kakaknya. Bayangkan, sehingga kes ditetapkan untuk keputusan, saya masih tidak tahu apa nombor telefon anakguam saya!!!

==================================

Dalam perbualan antara aku dengan anakguamku dan kakaknya .. Aku bertanya.

"Dah cari suami dah?"

"Dah tapi tak jumpa."

"Rumah mak ayah dia dah cari?"

"Kami tak tahu keluarga dia."

" Tak tahu? Habis waktu kawin dulu macamana? Rombongan lelaki siapa yang datang?"

"Waktu kawin, kawan-kawan dan jiran suami je yang datang." kakaknya memberitahuku.

"Macamana ye keluarga puan boleh kawinkan dia?" aku bertanya dalam keadaan pelik.

"Dah dia nak kawin sangat... Kami kawinkan je la."

Okkk...

==================================

Semasa perbicaraan, soalan yang sama diajukan oleh hakim kepada anakguamku.

"Kamu tak kenal keluarga dia? Macam mana kamu boleh kawin dengan dia?"

Ringkas jawapan anakguamku,

"Dah jodoh".

==================================

10 TIPS KELUARGA BAHAGIA

1) Sentiasa berdoa untuk kebahagiaan rumahtangga.
2) Cari masa berkomunikasi dengan pasangan.
3) Murah dengan sentuhan dan pujian pada pasangan.
4) Mencari kebaikan pasangan.
5) Lebih banyak memberi dari menerima.
6) Banyak bergurau dan bermesra
7) Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
8) Terima pasangan anda dengan redha dan syukur.
9) Sentiasa kenangkan jasa pasangan.
10) Sentiasa memaafkan pasangan.

Jumaat, 24 Mac 2017

BEZA WASIAT DAN HIBAH

1) 👉Wasiat ialah pemberian harta semasa hidup. Perlaksaan pemberian adalah selepas mati (tunggu pemberi wasiat mati dulu baru dapat).

👉Manakala hibah beri harta semasa hidup. Perlaksanaan juga semasa hidup (dapat serta merta).

2) 👉Kadar wasiat tidak boleh lebih 1/3 dari jumlah harta.

👉Manakala hibah boleh beri lebih dari 1/3 atau keseluruhan harta.

3) 👉Wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris yang dapat hak melalui faraid.

👉Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang disukai atau disayangi oleh pemberi hibah walaupun kepada ahli waris.a

Rabu, 18 Januari 2017

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PROSES PERMOHONAN HARTA PUSAKA

1) Sijil kematian atau permit pengkebumian mayat (sebagai bukti kematian)
2) Permohonan untuk perintah anggapan kematian (jika kematian tidak dapat dibuktikan secara biasa) di Mahkamah Tinggi
3) SURAT WASIAT TERAKHIR simati
4) Jadual yang mengandungi butir-butir nilai aset dan senarai waris.
5) Sijil Faraid untuk menentukan waris faraid simati.
6) Senarai waris, umur, hubungan dengan simati dan alamat bagi mendapat persetujuan melantik pentadbir
7) Surat persetujuan waris-waris dengan perlantikan seorang waris yang dicadangkan sebagai pentadbir pusaka yang ditandatangani dihadapan Majestret/Pesuruhjaya Sumpah
8) Surat penolakan waris-waris yang ingin menolak hak dan bahagian making-masing
9) Dokumen perlantikan penjaga (waris bawah umur atau kurang upaya)

DILEMA BAPA ANGKAT

Amat malang apabila bapa angkat mengakui dan bersumpah dia memiliki anak kandung sedangkan anak itu bukan dari darah dagingnya.

Jujurlah dalam hidup ini walaupun ianya pahit.

Hati siapa yang kita nak jaga sebenarnya?

KUASA AYAH SEBAGAI WALI

➡ Seorang ayah adalah wali UTAMA dalam pernikahan.

➡Seorang ayah mempunyai hak untuk mengahwini ANAK DARA nya TANPA PENGETAHUAN DAN PERSETUJUAN anaknya tersebut.

➡Seorang ayah perlu mendapat izin atau persetujuan anaknya yang berstatus JANDA sebelum menikahkan anaknya tersebut.

✳ Ayah di sini adalah merujuk kepada ayah kepada anak SAH TARAF. Bukan ayah angkat atau biologi.