Ahad, 4 September 2022

DALAM KETAATAN BIARLAH ADA CERDIKNYA

Berdasarkan pengalaman saya, ramai isteri yang mengatakan

"sebab saya bodoh"
"saya terlalu ikutkan cakap dia (suami)"
"saya tak tahu"

Jadi, belajarlah dari pengalaman orang lain. Ambil pengajaran.

"Ambil peduli"
"Ambil tahu"
"Jadi cerdik"

Bukan bermaksud bila dah cerdik, tidak taat suami. 

Jika tidak cerdik pun isteri taat, semakin isteri berilmu, semakinlah isteri tunduk dan taat pada suami.

Taat tetap taat, dalam ketaatan biarlah ada cerdiknya.

#celiksyariah #farihahofficial

KENAPA PASANGAN CURANG?

Sebabnya dia memilih untuk curang. Itu adalah pilihannya.

Pilihan curang ini boleh disebabkan beberapa faktor...

Pertama, sudah tidak ada lagi perasaan kasih sayang dan cinta pada pasangan disebabkan perangai atau sikap yang tidak disukai. Yang ada hanyalah perasaan menyampah dan meluat. Nak tengok muka pun dah tak mampu. Tak mahu... Jadinya, mulalah nak mencari ketenangan dan kebahagiaan di luar... Sebab dalam rumah dah tidak ada lagi kebahagiaan.

Kedua, kadang-kadang dah elok dah ada pasangan yang baik, tetapi diganggu pula oleh pihak ketiga yang tersuka dengan suami/isteri orang. Setiap hari digoda, diuji dengan pihak ketiga, jika jiwa tidak kuat dan kental, maka akan hanyut dengan gangguan pihak ketiga ini.

Ketiga, saja-saja nak test market. Biasanya lelaki la nak test masih ada lagi ke yang suka pada dia... Niat mula-mula saja-saja nak test, lama-lama diri sendiri yang teruji..

Keempat, membalas dendam. Pasangan dah pernah berlaku curang, jadi pasangan yang satu lagi ni pun berasa tercabar dan membalas dendam dengan membuat perkara yang sama...

Ada banyak lagi faktor.. Tapi pada pandangan saya, curang itu tetap suatu pilihan. Walauapapun rintangan atau ujian dalam rumahtangga, kita mempunyai kebebasan untuk memilih. Jika curang adalah pilihan, maka akan curang lah.... Jika kesetiaan menjadi pilihan, maka setialah... Lelaki atau wanita? Sama sahaja... 

Hidup ini adalah pilihan.

#farihahofficial