➡ Seorang ayah adalah wali UTAMA dalam pernikahan.
➡Seorang ayah mempunyai hak untuk mengahwini ANAK DARA nya TANPA PENGETAHUAN DAN PERSETUJUAN anaknya tersebut.
➡Seorang ayah perlu mendapat izin atau persetujuan anaknya yang berstatus JANDA sebelum menikahkan anaknya tersebut.
✳ Ayah di sini adalah merujuk kepada ayah kepada anak SAH TARAF. Bukan ayah angkat atau biologi.
(*Peguam Syarie Wilayah Persekutuan dan Selangor *Perunding Keluarga Islam, Wasiat, Hibah & Faraid). H/P: 0135205626
Rabu, 18 Januari 2017
Khamis, 21 April 2016
BILA HARTA SEPENCARIAN BOLEH DITUNTUT?
Saya ditanya soalan tentang bila harta sepencarian boleh dituntut?
Suka saya jelaskan bahawa harta sepencarian boleh dituntut dalam hal keadaan berikut:-
(1) Setelah berlaku perceraian diantara suami isteri;
(2) Setelah berlaku kematian pasangan samada suami atau isteri;
(3) Apabila suami berpoligami.
Jika wujud salah satu dari 3 keadaan di atas, maka suami/isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian terhadap harta-harta berikut:-
(1) Harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan usaha bersama oleh suami dan isteri (Sumbangan langsung);
(2) Harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak (Sumbangan tidak langsung);
Peringatan: Harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan termasuklah harta yang dimiliki oleh satu pihak sebelum perkahwinan yang dimajukan dalam masa perkahwinan oleh pihak yang satu lagi atau dengan usaha bersama mereka. Contohnya: Isteri membeli sebidang tanah sebelum berkahwin dengan suaminya. Dalam tempoh perkahwinan, tanah tersebut telah dimajukan bersama-sama diantara suami isteri tersebut. Maka, harta tersebut boleh dikategorikan sebagai Harta Sepencarian.
Rabu, 2 September 2015
Permohonan pengesahan nikah
Untuk Mahkamah meluluskan permohonan pengesahan nikah yang bertentangan dengan undang-undang, Mahkamah akan mengambil kira samada rukun nikah telah dipenuhi atau tidak.
Dalam menentukan di Mahkamah manakah permohonan pengesahan nikah perlu difailkan, perkara yang perlu diberi perhatian ialah:-
Rukun nikah ada 5 iaitu:-
1)Suami
2) Isteri
3) Wali
4) Akad nikah
5) Saksi
1)Suami
2) Isteri
3) Wali
4) Akad nikah
5) Saksi
Setiap rukun adanya syarat. Jika setiap syarat dipenuhi barulah Mahkamah boleh mengesahkan nikah yang dilakukan bertentangan dengan undang-undang.
Dalam menentukan di Mahkamah manakah permohonan pengesahan nikah perlu difailkan, perkara yang perlu diberi perhatian ialah:-
1) Dimanakah Pemohon tinggal?; dan
2) Apakah status pernikahan tersebut? - Jika status pernikahan ialah pernikahan poligami, maka Mahkamah yang berbidangkuasa mendengar kes ialah Mahkamah Tinggi Syariah. Jika tidak melibatkan pernikahan poligami, Mahkamah yang berbidangkuasa adalah Mahkamah Rendah Syariah.
2) Apakah status pernikahan tersebut? - Jika status pernikahan ialah pernikahan poligami, maka Mahkamah yang berbidangkuasa mendengar kes ialah Mahkamah Tinggi Syariah. Jika tidak melibatkan pernikahan poligami, Mahkamah yang berbidangkuasa adalah Mahkamah Rendah Syariah.
Rabu, 22 April 2015
KES SEKSYEN 47 TANPA KEHADIRAN SUAMI
Pada hari ini saya mengendalikan
kes perceraian secara persetujuan bersama (Seksyen 47) dimana saya mewakili
Plaintif (isteri). Walaubagaimanapun, pada hari ini Defendan
(suami) tidak hadir ke Mahkamah tanpa sebarang alasan munasabah walaupun Saman
dan Surat Akuan telah diserahkan kepada Defendan (suami) 12 hari sebelum kes
sebutan pada hari ini.
Plaintif (isteri) ada
memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Defendan ada memberitahunya yang dia tidak
akan hadir ke Mahkamah.
Di atas keengganan Defendan
tersebut, saya sebagai Peguam Syarie yang mewakili Plaintif telah memohon
kepada Mahkamah agar Mahkamah mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap
Defendan supaya hadir ke Mahkamah. Mahkamah telah meluluskan permohonan pihak
Plaintif.
Suka saya memberitahu bahawa
apabila kes difailkan di mahkamah, Defendan hendaklah diserahkan sesalinan
saman atau dokumen lain untuk hadir ke Mahkamah pada hari yang ditetapkan oleh
Mahkamah. Penyerahan saman atau dokumen hendaklah diserahkan secara kediri
Defendan. Defendan sendiri yang menerima dan menandatangai pengakuterimaan
penyampaian sebagai bukti penyampaian. Saman atau dokumen tidak boleh
diserahkan kepada orang lain selain dari Defendan.
Penyerahan saman atau dokumen
lain hendaklah diserahkan tidak kurang tujuh (7) hari genap sebelum hari
kehadian yang telah ditetapkan Mahkamah.
Apabila Defendan telah menerima
saman atau dokumen lain dan menandatangani akuan penerimaan sebagai bukti
penyampaian, Plaintif perlulah memfailkan satu Afidavit Penyampaian di
Mahkamah.
Dalam kes yang saya kendalikan
ini, Defendan telah menerima Saman dua belas (12) hari sebelum kes sebutan di
Mahkamah iaitu melebihi masa yang diperuntukkan undang-undang. Malah, tempoh dua
belas (12) hari ini adalah satu masa yang cukup untuk Defendan membuat
persediaan bagi menjawab tuntutan Plaintif di Mahkamah.
Seksyen 51 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan:-
“Seksyen 51. Mengeluarkan waran sebagai ganti atau tambahan kepada saman
Mahkamah boleh, dalam mana-mana hal yang Mahkamah berkuasa mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang, setelah merekodkan alasannya, mengeluarkan waran untuk menangkapnya jika—
(a) sama ada sebelum atau selepas saman dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah berpendapat ada alasan untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
(b) pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sempurna dalam masa yang mencukupi bagi memastikan kehadirannya mengikut saman itu dan tiada alasan munasabah diberikan bagi ketakhadiran itu.”
Berdasarkan Seksyen 51 (b) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Mahkamah boleh
mengeluarkan waran tangkap sebagai ganti kepada saman jika pada masa hari
sebutan kes Defendan tidak hadir, saman diserahkan pada masa yang mencukupi dan
tidak ada alasan yang munasabah diberikan bagi ketidakhadirannya.
PERCERAIAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA (SEKSYEN 47)
Semasa menanti kes sebutan di panggil Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor, saya sempat mendengar sebutan kes yang disebut lebih awal dari kes yang saya kendalikan.
Apa yang menarik perhatian saya ialah satu kes perceraian secara persetujuan bersama di bawah peruntukan Seksyen 47 Enakman Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Apa yang menarik perhatian saya ialah satu kes perceraian secara persetujuan bersama di bawah peruntukan Seksyen 47 Enakman Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Kes ini telah difailkan oleh suami. Maksudnya ialah suami yang memohon perceraian di Mahkamah.
Semasa kes disebut, hakim ada bertanya kepada pihak-pihak mengapa hendak bercerai sedangkan usia perkahwinan mereka tidak sampai 1 tahun. Bulan madu pun belum sempat pergi lagi.
Jawapan mereka ialah tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan lebih dari dua (2) bulan.
Apabila hakim bertanya umur isteri, si isteri menjawab beliau berumur 18 tahun. Si Suami berumur 27 tahun. Si isteri setuju untuk bercerai.
Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah Mahkamah tidak melihat kepada berapa lama usia perkahwinan anda. Mahkamah juga tidak melihat kepada berapa usia anda. Tetapi Mahkamah melihat:
(1) Samada pihak yang satu lagi ( suami atau isteri) setuju atau tidak dengan tuntutan perceraian yang difailkan oleh suami/isteri di Mahkamah; dan
(2) Samada telah wujud pecah belah dalam rumahtangga yang tidak dapat dipulihkan
Jika Mahkamah mendapati selepas siasatan dilakukan bahawa kedua-dua pihak bersetuju bercerai dan berpuashati wujudnya pecah belah dalam rumahtangga yang tidak dapat dipulihkan, maka Mahkamah akan menasihati si suami untuk melafazkan cerai terhadap isteri dengan talak satu dihadapan Mahkamah.
Walaupun perkahwinan itu berusia satu hari, Mahkamah boleh menasihati suami menceraikan isteri jika wujudnya elemen-elemen yang dinyatakan di atas.
Semasa kes disebut, hakim ada bertanya kepada pihak-pihak mengapa hendak bercerai sedangkan usia perkahwinan mereka tidak sampai 1 tahun. Bulan madu pun belum sempat pergi lagi.
Jawapan mereka ialah tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan lebih dari dua (2) bulan.
Apabila hakim bertanya umur isteri, si isteri menjawab beliau berumur 18 tahun. Si Suami berumur 27 tahun. Si isteri setuju untuk bercerai.
Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah Mahkamah tidak melihat kepada berapa lama usia perkahwinan anda. Mahkamah juga tidak melihat kepada berapa usia anda. Tetapi Mahkamah melihat:
(1) Samada pihak yang satu lagi ( suami atau isteri) setuju atau tidak dengan tuntutan perceraian yang difailkan oleh suami/isteri di Mahkamah; dan
(2) Samada telah wujud pecah belah dalam rumahtangga yang tidak dapat dipulihkan
Jika Mahkamah mendapati selepas siasatan dilakukan bahawa kedua-dua pihak bersetuju bercerai dan berpuashati wujudnya pecah belah dalam rumahtangga yang tidak dapat dipulihkan, maka Mahkamah akan menasihati si suami untuk melafazkan cerai terhadap isteri dengan talak satu dihadapan Mahkamah.
Walaupun perkahwinan itu berusia satu hari, Mahkamah boleh menasihati suami menceraikan isteri jika wujudnya elemen-elemen yang dinyatakan di atas.
Sabtu, 7 Mac 2015
Etika berpakaian di mahkamah syariah
1) Bagi wanita, hendaklah memakai TUDUNG YANG MENUTUP AURAT
2) PAKAIAN bagi lelaki dan wanita hendaklah MENUTUP AURAT
3) Dilarang memakai T-shirt
4) Dilarang memakai selipar
5) Dilarang memeakai baju bermotifkan politik
6) Dilarang merokok
7) Dilarang membawa senjata atau objek tajam.
Khamis, 26 Jun 2014
Susunan keutamaan Hak penjagaan anak (Hadhanah)
Baru-baru
ini saya telah dihubungi oleh seseorang wanita yang memaklumkan kepada saya
bahawa beliau baru mengetahui jika seseorang ibu hilang kelayakan menjadi
hadhin (penjaga) kanak-kanak, maka hak penjagaan itu akan beralih kepada ibunya
(ibu kepada ibu).
Saya agak
bersimpati juga terhadap beliau kerana tidak diberikan maklumat berkaitan
susunan hak penjagaan anak mengikut keutamaan jika seorang ibu tidak layak atau
gugur menjadi penjaga kanak-kanak sehingga beliau membuat keputusan menyerahkan
hak jagaan anak kepada bekas suaminya atas alasan beliau tidak berkemampuan
dari segi kesihatan menjaga anaknya.
Ingin
saya jelaskan bahawa Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 telah memperuntukkan sebagaimana berikut:-
Seksyen
81. Orang yang berhak menjaga kanak-kanak
(1)
Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala
orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan
juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
(2) Jika
Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak
dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau jagaan anaknya, maka hak itu,
tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang
berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—
(a) nenek sebelah ibu
hingga ke atas peringkatnya;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga
ke atas peringkatnya;
(d) kakak atau adik perempuan
seibu sebapa;
(e) kakak atau adik
perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan
sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak
atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari
kakak atau adik seibu;
(i) anak perempuan dari
kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) ibu saudara sebelah ibu;
(k) ibu saudara sebelah
bapa;
(l) waris lelaki yang
boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:
Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan
kanak-kanak itu.
(3) Tiada
seseorang lelaki berhak terhadap jagaan seseorang kanak-kanak perempuan
melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian
dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.
(4)
Tertakluk kepada seksyen 82 dan 84, jika ada beberapa orang dari keturunan atau
peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga
kanak-kanak itu, jagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat
paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak
itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua
antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.
Seksyen
82. Kelayakan yang perlu untuk jagaan
Seseorang
yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan
hak terhadap hadhanah jika—
(a) dia adalah seorang
Islam;
(b) dia adalah sempurna
akal;
(c) dia berumur yang
melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang
mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) dia berkelakuan baik
dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) dia tinggal di tempat
di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi
akhlak atau jasmani.
Seksyen
83. Bagaimana hak jagaan hilang
Hak
seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—
(a) jika perempuan itu
berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak
itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya
dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya
untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
(b) jika perempuan itu
berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) jika perempuan itu
menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu
daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali
bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat
lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu
murtad;
Seksyen 84. Tempoh jagaan
(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.
(2) Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Saya
berharap maklumat ini akan lebih jelas membantu anda di luar sana mengetahui
dengan lebih mendalam berkaitan hak penjagaan anak (hadhanah).
Langgan:
Catatan (Atom)
