Selasa, 29 Mac 2011

RUKUN-RUKUN NIKAH

Nikah mempunyai lima (5) rukun iaitu:-
  1. Suami;
  2. Isteri
  3. Dua (2) orang saksi
  4. Wali
  5. Akad nikah
Setiap rukun pernikahan tersebut di atas mempunyai syarat-syarat tertentu sebagaimana berikut:-

(1) Suami
  • Suami tidak mempunyai hubungan mahram dengan perempuan yang dikahwini
  • Suami adalah lelaki yang tertentu
  • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
(2) Isteri
  • Tidak mempunyai halangan-halangan untuk berkahwin
  • Isteri adalah perempuan yang ditentukan
  • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
(3) Dua orang saksi
  • Saksi mestilah beragama Islam
  • Saksi mestilah lelaki
  • Berakal dan baliqh
  • Adil walaupun zahirnya sahaja
  • Mendengar
  • Melihat
(4) Wali
  • Wali mestilah beragama Islam,
  • Adil
  • Baligh
  • Berakal
  • Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan pandangan
  • Wali bukan orang yang dilarang oleh syarak membelanjakan hartanya disebabkan safih (bodoh)
  • Bukan orang yang berihram
(5) Akad Nikah
  • Akad nikah hendaklah menggunakan lafaz nikah atau kahwin
  • Lafaz sighah (ijab dan qabul) hendaklah disebut secara jelas dan terang
  • Ijab dan qabul bersambung
  • Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad
  • Sighah menunjukkan akad berlaku ketika itu juga
  • Sighah mestilah mutlak 
Sekiranya pernikahan diadakan tidak menepati syarat-syarat rukun nikah di atas, maka pernikahan tersebut adalah fasid dimana pasangan tersebut mestilah difaraqkan (dipisahkan).

1 ulasan:

  1. Semasa memberi alasan penghakiman pada 25.10.2011, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam telah menyatakan pernikahan fasid adalah pernikahan di mana didapati salah satu daripada rukun rukun pernikahan tidak ditepati SELEPAS berlaku pernikahan manakala pernikahan bathil pula adalah pernikahan di mana salah satu daripada rukun rukun pernikahan tidak ditepati sebelum/sewaktu pernikahan.

    BalasPadam