Umur minimum untuk berkahwin sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 ialah sebagaimana berikut:-
i) Lapan belas (18) tahun ke atas bagi pengantin lelaki; dan
ii) Enam belas (16) tahun ke atas bagi pengantin perempuan.
Jika pengantin lelaki berumur kurang daripada 18 tahun atau pengantin perempuan berumur kurang dari 16 tahun, maka perkahwinan tersebut tidak boleh dilangsungkan sehinggalah mendapat kebenaran secara bertulis dari Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Untuk mendapat kebenaran bertulis tersebut, satu Permohonan Untuk mendapatkan kebenaran berkahwin perlulah di failkan di Mahkamah Rendah Syariah dimana pemohon tinggal atau bermastautin.
Assalamualaikum.. Sy ingin brtnya
BalasPadam. sy ada seorng shbt prmpuan (19thn) yg tlh trlanjur brsama pasangan nya c lelaki(18thn) . mereka ingin brtaubat dn brkahwin, tapi ayah c perempuan tidak brsetuju dgn alasan c lelaki tdak mmpunyai simpanan wang yang d kehendaki olen c ayah.. Jadi c prempuan bercadang ingin berkahwin menggunakan wali hakim. Bolehka? Ada ka ia trmasuk dalam golongan wali ingkar?